Tuesday, January 11, 2011

KENAPA KITA TAK PERLU KOREK TELINGA

Ini kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran
keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan
lazimnya, kita menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga mereka tetapi bahan itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam, melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas tertinggal di dalam telinga.
Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf dan ia begitu sensitif. Justeru, mengorek telinga kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang.
Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga.
tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga anda kerana lendir ataucecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga

 Sumber rujukan : http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t91440.html

1 comment: