Wednesday, June 29, 2011

Puas Hati KamO


layakkah kamu menjadi sahabatku...apakah peranan kamu sebagai sahabatku, cuma ingin menyakitkan hatiku...bahagiakah kamu dengan semua itu...tersenyum-senyum kamu selepas lidahmu berkata-kata dengan penuh sindiran....tahukah kamu ia telah menyakiti hatiku..mungkin kamu tahu..kamu selalu begitu.....

haruskah aku memaafkanmu..bukan sekali,bukan yang kedua kalinya, dan juga bukan yang ketiga......kamu kerap kali begitu....apakah aku tempat kamu menghembus sesuka ati...Jika aku bukan sahabat yang baik bagimu,,apalah dayaku...just go on...tak daya lagi aku menahan kemarahan yang sedang membuak-buak..lalu aku terus mendiamkan diri...itu tandanya aku sedang amat marah dan sedih dengan sikapmu yang kian berubah hari ke hari....Rasa seperti ingin menangis,tapi tidak sekali aku menjatuhkan walaupun setitis air mata dihadapan kamu dan sahabat-sahabat lain..itu kelemahan terbesar aku...Jari berputar-putar mencari lagu di mp3 koleksi peribadiku....cuba memujuk hatiku yang sedang marah...sudah-sudahlah kamu menyakitkan hatiku....

mungkin juga kamu tidak tahu,mungkin juga kamu tidak sengaja menyakitkan hatiku kerna kamu belum cukup kenal siapa aku dan aku tidak berminat untuk memperkenalkan siapa aku disebalik wajah riang...."diam la engkau sebelum aku terjerit ditelinga engkau dan melemparkan sebiji pukulan sulung...."...tapi apalah daya aku tok bersuarakan itu bila mengenangkan budi-budi yang telah kau taburkan pada aku....

apakah ikatan persahabatan masih wujud antara kita..aku sudah cukup bosan dengan semua ini..hipokrit jadi teman setia ketika aku bersamamu....terfikir aku sejenak " jika aku bukan teman terbaik untukmu,jika aku tidak cukup memahamimu,jika aku bukan lagi sahabat yang selalu menemanimu,pergi lah engkau..pergilah sejauh-jauhnya...cukup-cukuplah menyakiti hatiku...

tidak terjejaspun kehidupan seharianku,tidak terjejaspun pejalanan hidupku tanpa kamu kerana masih ramai sahabatku yang tahu menghargai persahabatan yang terbina...aku bukan membenci,cuma tak mahu dilukai lagi....

rasa nak ku lari sejauh-jauhnya...jauh dari kamu...apalah daya aku...kenapa kamu begitu...kenapa mesti menyakiti hatiku.....Jika kamu fikir kamu dipihak yang benar kamu teruskanlah....aku bukan sahabat yang sempurna untukmu...kamu sudah cukup matang untuk memikirkan apa yang berlaku...jika aku tiba-tiba mendiamkan diri,faham-faham lah kamu dengan apa yang terjadi.....

Tuesday, June 21, 2011

Pokok


Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu kemana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur dikaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
La la la la la la la la la
La la la la la la la lalalalalaaaa
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

Cherita si gadis lagi

Hari ni si gadis kembali merenung masa depannya…..termenung sejenak tak terkata walau sepatah kata….sambil melabuhkan badan di atas tilam hempuk…selepas selesai solat asar,itulah yang dilakukan si gadis…Memikirkan benda yang tak pasti….risau dihatinya….Perasaan takut mula menghantui si gadis…”apa akan berlaku pada aku esok dan hari-hari mendatang…..”

MUngkin tak sesiapa yang memahami,dan tak penting untuk difahami kerana si gadis tak perlukan sesiapa untuk memahaminya kecuali dia….apabila si gadis mula gelisah memikirkan dirinya,si gadis memulakan tabiat hariannya,menyumbat earphone di telinga,lalu memujuk hatinya dengan lagu-lagu di handphone koleksi peribadinya…..Itulah saja cara si gadis memujuk hatinya yang sayu….
Si gadis mula berangan-berangan pelbagai jenis konflik,cerita kisah suka dan duka….si gadis mula berada di awangan,aduhh si gadis memang kuat berangan..tabiatnya sejak kecil memang tak dapat dibendung lagi….kadang-kadang si gadis tersenyum, kadang-kadang si gadis mengalirkan air mata….sampai begitu sekali si gadis melayan perasaannya….si gadis memang betul-betul kesunyian……..

nothing important... i love me!!!!!


Si gadis mengharapkan sesuatu yang tak pasti….Segala yang berlaku semuanya takdir,itu alasan manusia nak memujuk si gadis,tapi si gadis cuma berfikir, selagi ada usaha InsyaAllah semuanya boleh berubah dengan izin Allah…
Si gadis tidak lagi mengambil tindakan,cuma membiarkan ia begitu sahaja….si gadis ingin semuanya berlalu begitu sahaja…si gadis cuba lari dari memikirkan segala peristiwa pahit yang berlaku pada dirinya…si gadis tak mahu berdendam..cukuplah rasanya apa yang berlaku….si  gadis cuba memujuk hatinya yang telah lama dilukai oleh kekasihnya,kawan-kawannya….

Pernah terdetik dihati si gadis,mahu mulakan hidup yang baru,ditempat yang baru,orang yang baru di dalam kehidupannya…Bolehkan semua itu terjadi….
Hidup si gadis mula terikat.si gadis mula merasakan rimas….Perasaan simpati si gadis wujud pada si lelaki yang asyik menganggu si gadis….adakah dia putera selepas kekasih si gadis..jawapannya,sudah tentu tidak….salah si gadis kerana selalu menghabiskan masa dengan si lelaki ini dahulu..sekarang si gadis mula mengalihkan perhatiannya pada si lelaki lain…si gadis Cuma mencari kegembiraan..bukan untukl berkasih atau  mengikat sebarang hubungan dengan sesiapa…si gadis mula dihimpit dengan masalah lagi…

Sebenar-benarnya siapa yang selalu bermasalah..adakah semuanya berpunca dari si gadis sendiri…
Resah si gadis memikirkannya…” adakah aku dipermainkan atau aku yang mempermainkan perasaan orang”……..resah si gadis semakin bertambah…..

Konflik yang tak pernah ada kesudahan…kadang-kadang terdetik dihati si gadis ingin menamatkan zaman bujangnnya untuk melupakan segala keperitannya dan memulakan hidup yang baru…Tapi dengan siapa? Si gadis keliru memilih…
kisah si gadis belum terhenti setakat ini…..si gadis hanya menanti apa yang yang berlaku seterusnya..hurmmmm

Friday, June 17, 2011

CheriTa Gathisss

dh berabad x ku coretkan nurkilan apa yang berlaku sekeliling…mungkin terlalu sibok dengan suasana kehidupan seorang wanita yang sudah dewasa……mungkin coretan kali ni jauh berbeza dari yang dulu,ketika itu aku masih dibelasan tahun yang Cuma tahu tok bermain..xda perkataan “ serius” dalam nota hidup aku diwaktu itu….

Tika berumur meningkat 19tahun dan sekarang hampir 24tahun…begitu cepat masa berlalu….rasa baru sekejap aku meninggalkan sekolah…( Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas )……dan baru saja melangkah ke sekolah baru.. ( Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah )…..huuuuuuuu…
Tapi aku perlu menerima kenyataan sekarang aku sedang berada disebuah Company….x penah ku mimpikan untuk bekerja sebagai pelukis pelan….memang xpenah terlintas di hati pon..tapi itulah jurusan yang ku ambil sewaktu aku belajar di poli….huuuuu…..

Tapi kali ni aku berminat nak tulis apa yang berada di kepala hotak aku sekarang…..Sebagai seorang wanita yang dewasa,aku rasa aku belum cukup bersedia menjadi itu….huuuu rasa nak patah balik semua ni….lebih banyak airmata daripada senyum ketawa…kah3,,,,jiwang seketika…..
Banyak kisah duka daripada suka yang berlaku sepanjang aku bergelar wanita dewasa :p…..
Tapi yang nak aku coretkan disini bkn kisah aku,bkn kisah kamu,bkn kisah dia…..tersebutlah al-kisahhhhhhh……masa berlalu dengan begitu pantas..pejam celik dan sampai setengah abad…..kisah gadis yang tak selalu bernasib baik dalam kehidupannya….tapi dia xpenah berputus asa tok menggembirakan hatinya..perhubungan cintanya agak merosot..semakin hari semakin rosak hubungan itu…pedih sekali rasanya…namun dia tetap cuba menyembunyikan kesedihan..kelukaaan dihatinya begitu dalam…namun si gadis terus berusaha…setiap hari dia mengukirkan senyuman palsu wat semua…
Kadang-kadang orang cakap “ego” tue xbaik…akan memudaratkan diri,tapi si gadis mampu bertahan dengan egonya…egonya byk membantunya….Pelbagai cerita didengari,keluhan rakan-rakan tentang masalah cinta masing..ada yang menggembirakan ada yang menyedihkan..dia seperti meletakkan dirinya seperti keadaan yang diceritakan….teremosional sudaaa….

Si gadis mula menghabiskan masa dengan kawan-kawannya…asalkan dapat melupakan apa yang menyakitkan hatinya,tapi sebesar kuman pn xpenah dilupakan,Cuma dibiarkan sebentar…si gadis cuba melepaskan segala keperitan yang ditanggung..tapi dimana? Si gadis sangat ego dan tidak suka menitiskan airmatanya di depan sahabatnya….cuba sorokkan apa yang berlaku pada dirinya,si gadis semakin tidak dapat mengawal dirinya..prestasi kejayanya semakin merosot….si gadis selalu menasihati sahabatnya ketika berada dalam masalah,tetapi si gadis sendiri hancur dalam masalah sendiri..si gadis berlari-lari,mencari-cari diri sendiri…

Si gadis lemah kerana cintanya sendiri…si gadis benci akan sikap manusia yang xmemikirkan perasaan orang..sanggup hidup bahagia di atas kesedihan orang lain..si gadis xsuka dipermainkan,tapi apa yang berlaku sekarang,dalam tidak sengaja si gadis juga telah melukakan hati seseorang yang bernama lelaki…
Si gadis cuba membetulkan kedaan,cuba tidak melukakan hati sesiapa,cuba menggembirakan orang sekeliling,tapi hati si gadis semakin terluka….di mana keadilan..putar belit ayat yang dinyatakan…keliru orang mendengarnya ..tapi itu saja si gadis dapat katakan……semua manusia tak sempurna,itu perkataan bias,mungkin dah benci didengar..itu Cuma alas an manusia yang mementingkan diri sendiri..si gadis terus memikirkan apa yang akan berlaku pada dirinya pada masa akan datang…
Si gadis Cuma berkata-kata, tak bolehkah aku bahagia seperti mereka…..

Susunan ayat agak macam harey..apa2 je la kwn2..janji ampa happy :p