Tuesday, June 21, 2011

Cherita si gadis lagi

Hari ni si gadis kembali merenung masa depannya…..termenung sejenak tak terkata walau sepatah kata….sambil melabuhkan badan di atas tilam hempuk…selepas selesai solat asar,itulah yang dilakukan si gadis…Memikirkan benda yang tak pasti….risau dihatinya….Perasaan takut mula menghantui si gadis…”apa akan berlaku pada aku esok dan hari-hari mendatang…..”

MUngkin tak sesiapa yang memahami,dan tak penting untuk difahami kerana si gadis tak perlukan sesiapa untuk memahaminya kecuali dia….apabila si gadis mula gelisah memikirkan dirinya,si gadis memulakan tabiat hariannya,menyumbat earphone di telinga,lalu memujuk hatinya dengan lagu-lagu di handphone koleksi peribadinya…..Itulah saja cara si gadis memujuk hatinya yang sayu….
Si gadis mula berangan-berangan pelbagai jenis konflik,cerita kisah suka dan duka….si gadis mula berada di awangan,aduhh si gadis memang kuat berangan..tabiatnya sejak kecil memang tak dapat dibendung lagi….kadang-kadang si gadis tersenyum, kadang-kadang si gadis mengalirkan air mata….sampai begitu sekali si gadis melayan perasaannya….si gadis memang betul-betul kesunyian……..

nothing important... i love me!!!!!


Si gadis mengharapkan sesuatu yang tak pasti….Segala yang berlaku semuanya takdir,itu alasan manusia nak memujuk si gadis,tapi si gadis cuma berfikir, selagi ada usaha InsyaAllah semuanya boleh berubah dengan izin Allah…
Si gadis tidak lagi mengambil tindakan,cuma membiarkan ia begitu sahaja….si gadis ingin semuanya berlalu begitu sahaja…si gadis cuba lari dari memikirkan segala peristiwa pahit yang berlaku pada dirinya…si gadis tak mahu berdendam..cukuplah rasanya apa yang berlaku….si  gadis cuba memujuk hatinya yang telah lama dilukai oleh kekasihnya,kawan-kawannya….

Pernah terdetik dihati si gadis,mahu mulakan hidup yang baru,ditempat yang baru,orang yang baru di dalam kehidupannya…Bolehkan semua itu terjadi….
Hidup si gadis mula terikat.si gadis mula merasakan rimas….Perasaan simpati si gadis wujud pada si lelaki yang asyik menganggu si gadis….adakah dia putera selepas kekasih si gadis..jawapannya,sudah tentu tidak….salah si gadis kerana selalu menghabiskan masa dengan si lelaki ini dahulu..sekarang si gadis mula mengalihkan perhatiannya pada si lelaki lain…si gadis Cuma mencari kegembiraan..bukan untukl berkasih atau  mengikat sebarang hubungan dengan sesiapa…si gadis mula dihimpit dengan masalah lagi…

Sebenar-benarnya siapa yang selalu bermasalah..adakah semuanya berpunca dari si gadis sendiri…
Resah si gadis memikirkannya…” adakah aku dipermainkan atau aku yang mempermainkan perasaan orang”……..resah si gadis semakin bertambah…..

Konflik yang tak pernah ada kesudahan…kadang-kadang terdetik dihati si gadis ingin menamatkan zaman bujangnnya untuk melupakan segala keperitannya dan memulakan hidup yang baru…Tapi dengan siapa? Si gadis keliru memilih…
kisah si gadis belum terhenti setakat ini…..si gadis hanya menanti apa yang yang berlaku seterusnya..hurmmmm

No comments:

Post a Comment