Wednesday, March 30, 2011

70 gadis bermasalah pamer kemahiran

aku ada terbaca petikan ni...bagus toi la...

KUALA LUMPUR: Kira-kira 70 gadis bermasalah dari tujuh rumah perlindungan digabungkan dalam Majlis Ihtifal Perdana Dar Saadah, di sini, bagi mengenengahkan bakat serta kemahiran masing-masing.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata gabungan itu bertujuan membimbing dan melatih wanita yang tersasar jalan hidup supaya bangkit meningkatkan keyakinan mereka di kalangan masyarakat selepas keluar dari pusat perlindungan. “Program ini bertujuan membantu remaja yang bermasalah bagi berhadapan keluarga dan masyarakat.

“Latihan yang diberikan dalam rumah perlindungan masing-masing contohnya kemahiran dalam bidang kraftangan, memasak serta menjahit diharap membantu gadis terbabit supaya dapat menjalani kehidupan di luar,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Ihtifal Perdana Dar Saadah, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dr Muhamad Yamin Ismail; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) serta wakil dari rumah perlindungan wanita...

tapi lepas ni jangan pulak yang buat tak kisah nak buat jahat sebab nanti ada tempat perlidungan..huhu

No comments:

Post a Comment